SUKARELAWAN BELIA PERKUKUH UKHUWAH BERSAMA KOMUNITI DI PONDOK MANZILU RAHMAH

PASIR PUTEH, 20 JULAI 2026 – Seramai 30 orang belia telah menyertai Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (SATRIA) Daerah Pasir Puteh yang berlangsung di Pondok Manzilu Rahmah, Kandis, Bachok pada 18 Julai 2026.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Rakan Muda bandar Pasir Putih ini bertujuan merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menggalakkan serta melahirkan golongan sukarelawan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi. Selain itu, program ini turut memupuk semangat saling bantu-membantu, kepekaan terhadap masyarakat, semangat cintakan negara serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan belia dan komuniti.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyantuni anak-anak Pondok Manzilu Rahmah menerusi pelbagai aktiviti yang memberi manfaat. Antaranya ialah ceramah bertajuk "Transformasi Insan" yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Saiful Anuar, Yang Dipertua ABIM Negeri Kelantan. Ceramah tersebut memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah diri, kepimpinan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti Rakan Aktif Games Day yang melibatkan sukarelawan Daerah Pasir Puteh bersama anak-anak pondok. Suasana penuh ceria dan mesra jelas terpancar apabila para peserta serta anak-anak pondok bergembira dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara sukarelawan dan komuniti setempat.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YM Tengku Norazril Yuzry b Tengku Alwi, Pegawai Operasi Pondok Manzilu Rahmah dan Saudara Nik Amier Azfahsyaz bin Nik Ahmad Zuraimi, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia, sekali gus melahirkan generasi yang lebih prihatin, berdaya saing dan sentiasa bersedia menyumbang kepada masyarakat serta negara.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search