BUDAYA KERJA CEMERLANG, ORGANISASI GEMILANG

PASIR PUTEH, 30 JUN 2026 – Perhimpunan Bulanan Bilangan 3/2026 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 25 Jun 2026 bertempat di Dewan Malaysia, JBSN Kelantan.

Majlis dimulakan dengan amanat daripada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menekankan kepentingan budaya kerja berintegriti, semangat kerjasama serta komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Beliau turut menggesa seluruh warga JBSN Kelantan agar terus meningkatkan prestasi, memperkukuhkan profesionalisme serta bersama-sama merealisasikan agenda pembangunan belia dan sukan di negeri Kelantan.

Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah Majlis Pertukaran Pegawai sebagai tanda penghargaan kepada Puan Hasnida binti Saidi yang bertukar dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ke Jabatan Veterinar Kelantan. Semoga beliau terus cemerlang di tempat baharu.

Pada majlis yang sama, Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Mac 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas.

Perhimpunan bulanan ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian amanat dan penghargaan kepada warga kerja, malah turut memperkukuhkan semangat kekitaan serta motivasi dalam kalangan warga JBSN Kelantan untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search