PEMERIKSAAN KESELAMATAN BANGUNAN PBSD PASIR PUTEH DILAKSANAKAN BAGI TUJUAN PERLANJUTANSEWA 2027 - 2029

PASIR PUTEH, 24 JUN 2026 – Satu pemeriksaan tahap keselamatan bangunan telah dilaksanakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh pada 24 Jun 2026, bagi tujuan perlanjutan sewaan premis untuk tempoh tahun 2027 hingga 2029.

Pemeriksaan tersebut telah diketuai oleh PKPgB Azhar Elmi bin Mustofar bersama PPK 1 Siti Nor Raihan binti Mohamad Harami yang hadir bagi menilai aspek keselamatan dan keadaan fizikal bangunan. Pemeriksaan ini melibatkan semakan terhadap struktur bangunan, kemudahan keselamatan, sistem elektrik, laluan kecemasan dan persekitaran premis bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Pemeriksaan ini merupakan langkah penting dalam memastikan bangunan yang digunakan oleh PBSD Pasir Puteh sentiasa berada dalam keadaan selamat, kondusif dan mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi menjamin kelancaran urusan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search