KEJOHANAN TENIS TERTUTUP PASIR PUTEH 2026 MERANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN KOMUNITI

PASIR PUTEH, 24 JUN 2026 – Kejohanan Tenis Tertutup Pasir Puteh 2026 anjuran Persatuan Tenis Daerah Pasir Puteh telah berlangsung dengan jayanya hasil sokongan Dana Sukan Komuniti. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada pemain-pemain tenis daerah Pasir Puteh sahaja dan menjadi platform bagi menggalakkan pembangunan sukan tenis di peringkat komuniti.

Sepanjang kejohanan, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta aksi yang kompetitif dalam acara beregu. Gandingan Ustaz Abu Supian dan Nik Mohd Shafiq berjaya muncul sebagai johan selepas menampilkan persembahan cemerlang di gelanggang.

Tempat kedua dimenangi oleh pasangan Kamarulzaman Md Zain dan Tuan Azuddin, manakala tempat ketiga menjadi milik Anuar Yaacob dan Saidi Ismail. Pasangan Najihan Mustapha dan Ustaz Saari Yaso pula berjaya menduduki tempat keempat kejohanan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah berfungsi sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti tenis. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, yang turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, peserta dan semua pihak yang telah menjayakan kejohanan tersebut.

Beliau berharap penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Pasir Puteh selaras dengan aspirasi pembangunan sukan komuniti.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search