KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN ORANG KURANG UPAYA (KLAS OKU) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026 PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN INKLUSIF

KOTA BHARU, 27 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Kelab Senamrobik Bechah Laut telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, hari ini.

Program yang menghimpunkan 60 orang peserta ini merupakan satu inisiatif berterusan bagi memperkasakan pembangunan sukan inklusif di negeri Kelantan, di samping membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti latihan dan pendedahan asas bagi tiga jenis sukan iaitu Futsal, Bola Tampar Duduk dan Stacking Sports. Pengisian kursus memberi penekanan kepada penguasaan teknik asas dan pembangunan kemahiran serta diadakan mini pertandingan untuk semua acara.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. En. Fazrulhisyam bin Mohamad Nor, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Hadir sama En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah serta guru-guru pengiring.

Penganjuran Kursus Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) ini mencerminkan komitmen JBSNK dalam memperluaskan akses kepada pembangunan sukan secara inklusif, selaras dengan usaha melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, seimbang dan menghargai potensi setiap individu tanpa mengira keupayaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search