- JBS Kelantan
- Hits: 18
TAYANGAN BIG SCREEN FIFA WORLD CUP 2026 SATUKAN KOMUNITI
- JBS Kelantan
- Hits: 18
Tanah Merah, 15 Julai 2026 – Tayangan skrin besar (Big Screen) bagi perlawanan Separuh Akhir 1 FIFA World Cup 2026 yang menemukan pasukan Perancis menentang Sepanyol telah berlangsung dengan meriah pada 15 Julai 2026 (Rabu) di Dataran Mahsari, Tanah Merah.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta YBhg. Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group. Turut hadir ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta En. Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Sebelum tayangan perlawanan bermula, para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik seperti Mari Mencuba, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti interaktif lain yang berjaya memeriahkan suasana dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyaksikan aksi bola sepak bertaraf dunia dalam suasana yang meriah, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat.
Program berakhir dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dan diharapkan penganjuran seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi menggalakkan gaya hidup aktif serta memupuk semangat perpaduan melalui sukan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
