SUKARELAWAN RAKAN MUDA JAYAKAN PROGRAM PENGHIJAUAN BANDAR KUALA KRAI

  5 Julai 2026
  Taman Chintawangsa, Kuala Krai

Seramai 60 Sukarelawan Rakan Muda menyertai Program Rakan Bumi: Program Penghijauan Bandar Kuala Krai 2026 bertempat di Taman Chintawangsa, Kuala Krai.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md. Salleh, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai. Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuk senamrobik, ceramah kesedaran alam sekitar yang disampaikan oleh LAr. CA. Dr. Khalilah Hassan dari Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan, diikuti aktiviti penanaman pokok serta gotong-royong menceriakan kawasan sekitar.

Program ini menjadi platform untuk menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan belia dengan menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, sekali gus membudayakan amalan hijau dan gaya hidup lestari.

Program Rakan Bumi merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memperkasakan peranan belia sebagai ejen perubahan yang menyokong agenda pembangunan mampan serta mewujudkan persekitaran yang bersih, hijau dan kondusif untuk kesejahteraan komuniti.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-07-2026, 21:07:14

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search