MPBN KUALA KRAI PERKASA AGENDA KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA

  1 Julai 2026
  Bilik Gerakkan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Jajahan Kuala Krai 2026 yang dipengerusikan oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md. Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai, menjadi platform penting dalam membincangkan isu serta hala tuju pembangunan belia di daerah ini.

Persidangan itu menghimpunkan wakil pertubuhan belia peringkat jajahan Kuala Krai bersama ketua-ketua jabatan bagi membincangkan cadangan dan usul yang dapat memperkukuh agenda pembangunan belia secara lebih menyeluruh.
Antara usul yang dibentangkan ialah cadangan mewujudkan Stadium Mini dan Pusat Rekreasi di Kuala Krai bagi menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi yang lebih kondusif kepada masyarakat, khususnya golongan belia. Selain itu, persidangan turut membincangkan usaha memperkasa ekonomi belia luar bandar melalui keusahawanan dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran, peluang pekerjaan serta pendapatan belia.

Persidangan MPBN Peringkat Jajahan Kuala Krai merupakan medium perundingan antara kerajaan dan pertubuhan belia dalam meneliti isu-isu semasa serta merangka cadangan penyelesaian yang bersifat inklusif, sekali gus memastikan suara belia terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan daerah.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search