SENAM CERGAS SESI BIMBINGAN DAN KECERGASAN (SESI 12) THE BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 21 Julai 2026 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Senam Cergas Sesi Bimbingan dan Kecergasan (Sesi 12) sempena Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada hari ini bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Sesi kali ini dikendalikan oleh Instruktur Zin Yuyu, yang membimbing para peserta melalui pelbagai aktiviti senaman dan latihan kecergasan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta membudayakan amalan gaya hidup sihat.
Program ini merupakan kesinambungan siri bimbingan yang dirangka bagi memastikan peserta kekal berdisiplin dan konsisten dalam usaha mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat, di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri.

JBSNK berharap komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini dapat diteruskan sehingga tamat program, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih aktif, sihat dan cergas.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#TheBiggestLoser2026

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-07-2026, 22:49:56

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search