TUBUH KELAB SUKAN KAMI SEDIA BANTU

PASIR MAS, 21 Julai 2026 – Puan Noraizan binti Muhammad telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bagi mendapatkan khidmat nasihat serta penerangan berhubung cadangan penubuhan Kelab Sukan Aerobik di daerah ini.
Sesi penerangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Sarimat bin Salleh, pegawai yang bertanggungjawab terhadap Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Beliau memberikan panduan dan khidmat nasihat berkaitan tatacara penubuhan sesebuah kelab sukan secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Antara perkara yang diterangkan termasuk pelaksanaan Mesyuarat Penaja, penyediaan minit mesyuarat, pembentukan Ahli Jawatankuasa Penaja, penyediaan perlembagaan kelab serta tatacara penggunaan sistem eROSA bagi tujuan pendaftaran kelab.

Sesi ini diharap dapat membantu dan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pihak yang terlibat dalam usaha menubuhkan Kelab Sukan Aerobik di Pasir Mas, sekali gus memperluas peluang penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

#KBSMalaysia #JBSNKomited #jbskelantan #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #rakanmuda #RakanMudaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search