KARNIVAL SUKAN BELIA PASIR MAS 2026 HIMPUN 150 PELAJAR, SEMARAK SEMANGAT SUKAN DAN E-SUKAN

PASIR MAS, 19 Julai 2026 – Kira-kira 150 orang pelajar Tingkatan Enam daripada lapan buah sekolah di seluruh daerah Pasir Mas menyertai Karnival Sukan Belia Pasir Mas 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas menerusi penganjuran Kejohanan E-Sport Mobile Legends dan Kejohanan Bola Jaring oleh Majlis Belia Jajahan Pasir Mas melalui Dana Sukan Komuniti.

Penganjuran karnival ini turut menyaksikan Majlis Penyerahan Cek Cura Dana Sukan Komuniti yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin kepada Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, LSr Nik Ikhwan Haqim bin Datuk LSr Dr. Hj. Hanafi.

Turut hadir, Jawatankuasa Tingkatan Enam Pasir Mas yang diwakili oleh Yang Dipertua JPTE, Sdr. Afiq Irfan bin Rozeman, serta Majlis Gabungan Belia Kelantan yang diwakili oleh Bendahari Kehormat, Saudara Mohd Fadzwan bin Mohd Zainun.
Kejohanan yang menghimpunkan dua cabang sukan berbeza ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran masing-masing, malah turut menjadi platform dalam memperkukuh semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim dalam kalangan belia.

Dalam saingan E-Sport Mobile Legends, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 muncul sebagai Johan, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Bola Jaring.
Penyertaan daripada lapan buah sekolah di seluruh Pasir Mas membuktikan sambutan positif golongan belia terhadap penganjuran program sukan yang bersifat inklusif dan selari dengan perkembangan semasa. Penggabungan sukan konvensional dan e-sukan turut membuka ruang kepada golongan muda untuk menyerlahkan potensi dalam bidang yang diminati.

Tahniah kepada Majlis Belia Jajahan Pasir Mas atas kejayaan penganjuran tersebut. Diharapkan program ini dapat terus menjadi sebahagian daripada platform berkesan dalam mencungkil bakat baharu, menyemarakkan budaya hidup aktif serta memperkasakan golongan belia melalui penglibatan dalam aktiviti sukan yang sihat, kompetitif dan berdaya saing.

#KBSMalaysia #JBSNKomited #jbskelantan #MalaysiaMadani #MalaysiaAktif #rakanmuda #RakanMudaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search