- JBS Kelantan
- Hits: 30
PEGAWAI EKONOMI JBSN KELANTAN LAKSANA PERAKUAN SIAP KERJA PENYELENGGARAAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 30
Pasir Mas, 13 Julai 2026 – Pegawai Ekonomi 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak telah mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bagi perakuan siap kerja-kerja penyelenggaraan kecil yang telah dilaksanakan di pejabat tersebut.
Lawatan ini bertujuan memastikan semua kerja penyelenggaraan telah disiapkan mengikut spesifikasi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Perakuan siap ini merupakan sebahagian daripada proses pemantauan bagi memastikan kemudahan pejabat berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif untuk penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas merakamkan penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas komitmen berterusan dalam memastikan kemudahan pejabat sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
