PELUNCURAN KELAB KAROM ATAS PINGGIR 2026 & PENYERAHAN CEK CURA DANA SUKAN KOMUNITI

Pasir Mas | 4 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada Kelab Karom Atas Pinggir atas kejayaan menganjurkan Majlis Peluncuran Kelab Karom Atas Pinggir dan Kejohanan Karom Bergu yang berlangsung di Kedai Ije, Kampung Atas Pinggir, Tendong, Pasir Mas.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut berlangsung ialah Penyerahan Cek Cura Dana Sukan Komuniti kepada Encik Mohd Kamaruzaman bin Ibrahim, Presiden Kelab Daerah Pasir Mas oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin. Dana ini merupakan komitmen Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dalam memperkukuh pembangunan sukan komuniti, memperkasakan pengurusan kelab serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan inklusif.
Majlis turut diisi dengan ucapan perasmian, majlis menandatangani plak perasmian serta sesi bergambar bersama para jemputan dan peserta.

Semoga penubuhan Kelab Karom Atas Pinggir menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan karom di daerah Pasir Mas serta melahirkan lebih ramai pemain yang berpotensi di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

"Sukan Membina Komuniti, Komuniti Memperkasa Negara."

#KBSMalaysia#JBSNKomited#jbskelantan#MalaysiaMadani#MalaysiaAktif#pasirmas#rakanmuda#RakanMudaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search