- JBS Kelantan
- Hits: 27
MPBN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 27
PASIR MAS, 1 Julai 2026 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Mas Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 1 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan, Aras 2, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Penganjuran persidangan ini bertujuan menyediakan platform perbincangan bagi menghimpunkan pandangan, cadangan serta isu/usul yang dihadapi dan diperlukan oleh golongan belia di peringkat akar umbi.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh YABrs Encik Fazrul Azan bin Mohd Basari, Ketua Jajahan Pasir Mas, yang memimpin sesi perbincangan bersama wakil-wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan serta pemegang taruh berkaitan pembangunan belia di daerah ini. Sebanyak lima (5) isu/ usul dibentangkan pada persidangan ini.
Selain itu, majlis ini turut berperanan memperkukuhkan kerjasama strategik antara pertubuhan belia dengan agensi kerajaan, menyelaras pelaksanaan dasar dan program pembangunan belia agar lebih bersasar mengikut keperluan komuniti setempat, serta menjadi saluran rasmi bagi membawa usul dan cadangan ke Jawatankuasa Induk MPBN Peringkat Negeri sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin selaku Setiausaha MPBN Peringkat Daerah Pasir Mas turut hadir bersama Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas LSr Nik Ikhwan Haqim bin LSr Datuk Haji Hanafi.
#TeamKBS#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan#rakanmuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
