MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH TUMPAT PERKASA AGENDA PEMBANGUNAN BELIA

TUMPAT, 13 Julai 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Tumpat telah bersidang dengan jayanya pada 9 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi membincangkan pelbagai isu pembangunan belia peringkat akar umbi , cadangan serta inisiatif yang mampu memperkukuh pembangunan belia secara holistik di daerah ini.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh YABrs Encik Mohamad Nazwan bin Ismail, Ketua Jajahan Tumpat menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pertubuhan belia serta pemegang taruh berkaitan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berhubung keperluan serta aspirasi golongan belia di peringkat akar umbi.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkasa keusahawanan belia, pembangunan kemahiran dan TVET, peluang pekerjaan serta penglibatan belia dalam sektor pertanian sebagai pemacu sosioekonomi setempat.

Turut dibentangkan ialah kertas kerja oleh Pejabat Pertanian Daerah Tumpat yang mengetengahkan pelbagai inisiatif serta peluang kepada golongan belia untuk menceburi sektor agromakanan sebagai sumber pendapatan yang berdaya maju.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform penting dalam menyelaras pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan agenda pembangunan belia dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, inklusif dan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search