- JBS Kelantan
- Hits: 11
PHOENIX JUARA LIGA SUKAN KOMUNITI PASIR MAS, SEDIA GEMPUR PERINGKAT NEGERI
- JBS Kelantan
- Hits: 11
PASIR MAS, 22 Jun 2026 – Sukan bola jaring terus mendapat tempat di hati masyarakat setempat apabila Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 bagi acara tersebut berlangsung dengan penuh meriah dan kompetitif pada Jumaat, 19 Jun lalu.
Kejohanan yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang itu telah diadakan di Gelanggang Bola Jaring, Dewan Tertutup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang.
Sebanyak 13 pasukan telah menyertai saingan sengit kali ini, termasuk penyertaan daripada dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pasir Mas dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas.
Selepas mengharungi cabaran sengit sepanjang hari, pasukan Phoenix membuktikan kehebatan mereka apabila dinobatkan sebagai Johan kejohanan. Naib johan pula disandang oleh pasukan Golden Ladies.
Sementara itu, kedudukan Ketiga Bersama dikongsi oleh dua pasukan yang memamerkan aksi bertenaga iaitu Kiambang A dan Matcha Strawberry. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Masing – masing pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1200 keseluruhan medal dan sijil.
Kejayaan ini bukan sekadar noktah di peringkat daerah. Pasukan Phoenix dan Golden Ladies secara rasminya akan menggalas cabaran lebih besar apabila dipilih untuk mewakili Daerah Pasir Mas ke Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2026.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, dan selamat berjuang di peringkat negeri bulan depan!
#TeamKBS#TeamJBSN#JBSNKelantan#MalaysiaAktif#jbskomited#MalaysiaMadani#pasirmas
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
