- JBS Kelantan
- Hits: 16
PROGRAM BENGKEL MUAY THAI DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA-THAILAND 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 16
KOTA BHARU, 18 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria telah menghadiri Muay Thai Workshop and Thailand-Malaysia Friendship Matches 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026 bertempat di Politeknik Kota Bharu.
Program anjuran Royal Thai Consulate-General, Kota Bharu dengan kerjasama pelbagai agensi dan organisasi sukan ini bertujuan memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dan Thailand melalui sukan Muaythai di samping menjadi platform perkongsian ilmu, pembangunan atlet serta pertukaran pengalaman antara kedua-dua negara.
Turut hadir memeriahkan program ialah YB Zamakhshari Muhamad, EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; Tuan Yang Terutama Encik Phassit Chudabudhi, Konsul Jeneral Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Kota Bharu; En. Abdullah @ Matbyusof bin Yaakob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Kota Bharu; serta En. Muhammad Aiman Hakim bin Amir, wakil Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti bengkel teknikal Muaythai yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari Malaysia dan Thailand serta menyaksikan perlawanan persahabatan yang memperlihatkan semangat kesukanan dan persaudaraan antara atlet kedua-dua negara.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui sukan, di samping menyokong pembangunan sukan Muaythai di Negeri Kelantan. Inisiatif seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan antara Malaysia dan Thailand melalui medium sukan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
