- JBS Kelantan
- Hits: 23
SEDANG BERLANGSUNG - BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM IPT) TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 23
Kota Bharu, 16 Julai 2026 – Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) Tahun 2026 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN Kelantan) kini sedang berlangsung di Institut Pengurusan Peladang Panji, Kelantan bermula hari ini hingga 18 Julai 2026.
Program yang menghimpunkan 62 orang wakil-wakil Sekretariat Rakan Muda daripada institusi pengajian tinggi dari Negeri Kelantan dan Pahang ini bertujuan memperkukuh organisasi sekretariat, meningkatkan kompetensi kepimpinan belia serta memperkasakan jaringan kerjasama dalam pelaksanaan program-program Rakan Muda di kampus.
Hari pertama program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, diikuti taklimat perjalanan program yang telah disampaikan oleh En Mohd Khairul Asraf Hafizi bin Mohammad Noor, Pegawai Pembangunan Kesukarelawanan JBSNKelantan dan sesi pengenalan telah disampaikan Puan Hazmanita binti Che Hamid, selaku Ketua Fasilitator program. Peserta turut mengikuti pengisian awal yang memfokuskan kepada pengukuhan peranan Sekretariat Rakan Muda IPT, pembangunan kepimpinan serta perkongsian hala tuju program Rakan Muda. Turut diadakan Taklimat Dana Rakan Muda dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Sepanjang bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai sesi latihan, perkongsian ilmu dan aktiviti berkumpulan yang dirangka bagi meningkatkan kemahiran pengurusan organisasi, komunikasi, perancangan program serta kepimpinan dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat melahirkan barisan kepimpinan Sekretariat Rakan Muda IPT yang lebih kompeten, proaktif dan bersedia menjadi ejen perubahan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#JBSNKelantan #RakanMuda #SRMIPT2026 #MalaysiaMADANI #BeliaMadani
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #BengkelPengukuhanSekreteriatRakanMudaIPT2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
