MESYUARAT JAWATANKUASA KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

Jeli, 15 Julai 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat JAKOA, Jeli, hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, turut dihadiri oleh YBrs En Mohamad Luqman bin Romli mewakili` Pegawai JAKOA Daerah Jeli dan YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah konsep pelaksanaan, penetapan tarikh, lokasi, masa, pemilihan aktiviti serta kumpulan sasar.
Program ini dijangka akan berlansung sebanyak 4 sesi bermula 14 Ogos 2026 dan berakhir pada 22 Ogos 2026, bermula Jam 8.30 pagi, bertempat di Gelanggang Terbuka Kg. Sungai Rual, Jeli .

Objektif Program ini adalah untuk memberi pengalaman serta meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetuahuan berkaitan sukan dalam kalangan Orang Asli, membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan Orang Asli dengan agensi berkaitan serta masyarakat setempat. Menyokong usaha Kerajaan bagi mempastikan Orang Asli mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Penganjuran program ini adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi pengetahuan membudayakan sukan di kalangan Orang Asli bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan kearah negara bersukan selaras dengan penyertaan secara inklusif tanpa batasan kumpulan masyarakat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search