- JBS Kelantan
- Hits: 14
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA PERINGKAT DAERAH JELI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
JELI, 14 Julai 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Daerah Jeli 2026 telah berlangsung di Dewan KESEDAR Kg. Sg Satan, Jeli, pada 12 Julai 2026.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, serta wakil-wakil komunti belia Kg Sg Satan.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah persiapan tempat, penyertaan, makan minum, penceramah jemputan dan majlis perasmian penutup.
Program tersebut bakal diadakan pada 15 Ogos 2026, bertempat di Dewan KESEDAR Kg Sungai Satan dengan penyertaan seramai 50 orang belia setempat.
Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya keterlibatan dalam isu sosial dan menyediakan platform untuk pemimpin pertubuhan belia tunggal menjadi penggerak intervensi sosial di peringkat komuniti.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
