LAWATAN TAPAK PERKUKUH PERSIAPAN TAYANGAN BIG SCREEN FIFA WORLD CUP 2026

Tanah Merah, 09 Julai 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan pada 07 Julai 2026 (Selasa) di Dataran Mahsuri, Tanah Merah sebagai persediaan bagi penganjuran tayangan skrin gergasi ‘Big Screen’ sempena perlawanan separuh akhir FIFA World Cup 2026.

Lawatan tapak tersebut telah diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan (I), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, serta wakil daripada pihak pengurusan tapak bagi meninjau kesesuaian lokasi dan membincangkan keperluan teknikal serta logistik bagi memastikan penganjuran program berjalan dengan lancar.

Antara aspek yang diberi perhatian sepanjang lawatan termasuklah penyediaan ruang penonton, kemudahan bekalan elektrik, sistem audio visual, keselamatan, laluan keluar masuk, kawasan parkir serta kemudahan awam yang dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir menyaksikan perlawanan.

Penganjuran tayangan skrin gergasi ini dijangka menjadi medium terbaik untuk menghimpunkan masyarakat setempat, khususnya peminat bola sepak, bagi bersama-sama menikmati kemeriahan aksi separuh akhir FIFA World Cup 2026 dalam suasana yang selamat, kondusif dan penuh semangat kesukanan. Inisiatif ini juga diharapkan dapat mengukuhkan hubungan komuniti di samping menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah komited untuk memastikan segala persiapan dilaksanakan dengan sebaiknya agar program ini menjadi satu pengalaman yang bermakna kepada seluruh warga Tanah Merah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search