- JBS Kelantan
- Hits: 19
KEJOHANAN BOLA KERANJANG 3 LAWAN 3 PIALA TOK KIMI VOL. 3 RAIH SAMBUTAN MENGGALAKKAN
- JBS Kelantan
- Hits: 19
Tanah Merah, 06 Julai 2026 – Kelab Bola Keranjang Jelatok dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang 3 Lawan 3 Piala Tok Kimi Vol. 3 pada 3 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Keng Choo Temple, Jelatok, Tanah Merah.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group. Turut hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan I, JBSNK. Hadir sama ialah Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Kejohanan yang memasuki penganjuran edisi ketiga ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan 108 pasukan daripada pelbagai kategori. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan perkembangan positif sukan bola keranjang di daerah Tanah Merah serta minat yang tinggi dalam kalangan belia dan komuniti setempat.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan menyediakan platform pertandingan yang sihat dan kompetitif kepada para pemain, di samping mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola keranjang. Selain itu, program ini turut menyokong usaha membudayakan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah merakamkan penghargaan kepada Kelab Bola Keranjang Jelatok, rakan-rakan strategik, penaja, para pegawai, sukarelawan dan semua pihak yang telah menjayakan penganjuran kejohanan ini. Diharapkan kejohanan seumpama ini akan terus menjadi platform pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan melahirkan lebih ramai atlet berbakat untuk mewakili daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
