KUNJUNGAN PENANDA ARAS CGSO PERKUKUH ASPEK KESELAMATAN PBSD TANAH MERAH

Tanah Merah, 06 Julai 2026 – PBSD Tanah Merah telah menerima kunjungan penanda aras daripada wakil Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Pegawai Cawangan Teknologi Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan serta Pegawai Cawangan Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 30 Jun 2026 (Selasa) yang lepas.

Kunjungan ini diadakan bagi meninjau lokasi yang bersesuaian untuk pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat baharu PBSD Tanah Merah. Penilaian ini bertujuan mengenal pasti lokasi-lokasi strategik bagi memastikan liputan pemantauan keselamatan yang lebih menyeluruh serta meningkatkan tahap keselamatan aset, dokumen dan warga kerja pejabat.

Sepanjang lawatan, pihak CGSO bersama pegawai-pegawai yang terlibat telah membuat pemeriksaan di beberapa kawasan utama pejabat dan mengemukakan cadangan berkaitan kedudukan kamera CCTV yang bersesuaian mengikut keperluan aspek keselamatan.

Diharapkan hasil daripada kunjungan ini akan membantu melancarkan pelaksanaan pemasangan sistem CCTV di PBSD Tanah Merah, sekali gus memperkukuhkan aspek keselamatan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, kondusif serta memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search