- JBS Kelantan
- Hits: 23
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JELI 2026 BINCANG PELBAGAI ISU SEMASA BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 23
JELI, 28 Jun 2026 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli Sidang 1 Sesi 2026 berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pada 25 Jun 2026 dengan jumlah kehadiran seramai 56 orang dari pelbagai agensi serta NGO Belia yang telah dilantik.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Jeli. Turut hadir YBrs. En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Persidangan ini menjadi medan perbincangan isu-isu semasa belia daerah bersama pemimpin pertubuhan belia dan wakil agensi kerajaan. Antara pengisian utama termasuk ucaptama perasmian, pembentangan kertas kerja oleh IKBN Tanah Merah serta perbahasan isu dan usul belia.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Belia Jajahan Jeli dan semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini dan berharap majlis seumpama ini dapat memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa belia serta merencana pembangunan belia di daerah ini secara lebih berkesan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
