- JBS Kelantan
- Hits: 17
KOMITMEN DAN PRESTASI CEMERLANG RAIH PENGIKTIRAFAN PEKERJA TERBAIK BULANAN
- JBS Kelantan
- Hits: 17
Tanah Merah, 28 Jun 2026 – Bersempena Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2026 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 25 Jun 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Malaysia JBS Kelantan turut berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan tugas.
Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah dipilih sebagai Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Februari 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, diiringi oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, serta Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Pembangunan Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan merupakan satu bentuk penghargaan kepada warga kerja yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang, disiplin tinggi, integriti serta komitmen yang konsisten dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Pengiktirafan ini bukan sahaja menghargai sumbangan individu, malah menjadi pemangkin kepada seluruh warga Jabatan untuk terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan membudayakan amalan kerja berprestasi tinggi.
Tahniah diucapkan kepada Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail atas pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembangunan belia dan sukan di daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
