- JBS Kelantan
- Hits: 21
MPBN PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH SESI 2026/2027 PERKUKUH SUARA DAN ASPIRASI BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 21
Tanah Merah, 28 Jun 2026 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah Sesi 2006/2007 telah berjaya diadakan pada 24 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar Al-Ghazali, Masjid Jamek Ismail Petra, Tanah Merah. Penganjuran majlis ini bertujuan menyediakan platform perbincangan yang inklusif bagi menghimpunkan pandangan, cadangan serta isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia di peringkat akar umbi.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Tanah Merah, yang memimpin sesi perbincangan bersama wakil-wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan serta pemegang taruh berkaitan pembangunan belia di daerah ini.
Objektif utama MPBN Peringkat Daerah Tanah Merah Sesi 2006/2007 adalah untuk memastikan suara dan aspirasi belia dapat disampaikan secara tersusun kepada pihak berkaitan. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah menghimpunkan permasalahan dan cadangan daripada belia setempat, membahaskan isu-isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan, kepimpinan dan kesejahteraan belia.
Selain itu, majlis ini turut berperanan memperkukuhkan kerjasama strategik antara pertubuhan belia dengan agensi kerajaan, menyelaras pelaksanaan dasar dan program pembangunan belia agar lebih bersasar mengikut keperluan komuniti setempat, serta menjadi saluran rasmi bagi membawa usul dan cadangan ke Jawatankuasa Induk MPBN Peringkat Negeri sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.
Penganjuran MPBN Peringkat Daerah Tanah Merah Sesi 2006/2007 ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan penyertaan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara. Melalui platform ini, setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan diharap dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada pembangunan belia serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
