MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

JELI, 15 Julai 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Orang Asli telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat JAKOA Daerah Jeli bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan pelaksanaan program yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat JAKOA Daerah Jeli.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara semua agensi terlibat bagi memastikan program berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Hadir sama En. Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan En. Mohammad Loqman bin Romli, wakil Pejabat JAKOA Daerah Jeli.

Antara perkara yang dibincangkan ialah objektif program untuk memberikan pendedahan, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan sukan dalam kalangan masyarakat Orang Asli, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi berkaitan serta komuniti setempat.

Selain itu, mesyuarat turut menyelaras konsep pelaksanaan program yang melibatkan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, ahli keluarga dan komuniti bagi memupuk semangat kebersamaan. Turut dirancang melibatkan klinik sukan sepak takraw bagi acara lelaki dan bola jaring bagi acara wanita melibatkan 4 siri yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos nanti bertempat di Sungai Rual, Jeli.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi perbincangan serta penyelarasan tindakan bagi memastikan setiap aspek pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan teratur, sekaligus menjayakan usaha memperkasa pembangunan sukan komuniti dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #KLASKomunitiOrangAsli

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search