- JBS Kelantan
- Hits: 91
TAYANGAN SKRIN BESAR SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2026 MERIAHKAN DATARAN MAHSARI
- JBS Kelantan
- Hits: 91
TANAH MERAH, 15 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Mahsari telah menganjurkan Program Tayangan Skrin Besar bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Dunia FIFA 2026 yang menemukan pasukan Perancis menentang Sepanyol di Dataran Mahsari, Bandar Tanah Merah.
Program ini berjaya menghimpunkan peminat bola sepak dan masyarakat setempat untuk menyaksikan perlawanan secara bersama dalam suasana yang penuh semangat. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Sepanyol 2-0 ke atas Perancis, sekali gus melayakkan Sepanyol mara ke pentas akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta YBhg. Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group. Turut hadir ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan En. Wan Abdul Rahman bin Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Selain tayangan perlawanan, pelbagai acara sampingan turut diadakan bagi memeriahkan program, antaranya cabutan bertuah, permainan interaktif serta mari mencuba kepada para pengunjung.
Program ini membuktikan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam merapatkan hubungan masyarakat melalui penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi, di samping menyemarakkan semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan rakyat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
