- JBS Kelantan
- Hits: 21
PROGRAM THE BIGGEST LOSER: SESI BIMBINGAN DAN KECERGASAN TERUS MENYEMARAKKAN GAYA HIDUP SIHAT
- JBS Kelantan
- Hits: 21
Kota Bharu, 14 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM) telah menganjurkan Program The Biggest Loser: Senamcergas – Sesi Bimbingan dan Kecergasan Peringkat Negeri Kelantan 2026 bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program yang memasuki Sesi Ke-11 ini merupakan kesinambungan usaha JBSNK dalam membudayakan gaya hidup sihat menerusi aktiviti kecergasan secara konsisten. Sesi ini memberi penekanan kepada latihan yang membantu peserta mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal.
Sesi bimbingan dan senamcergas telah dikendalikan oleh instruktur Cikgu Awie, yang membimbing para peserta dengan pelbagai teknik senaman berintensiti sederhana dan tinggi.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta The Biggest Loser, yang terus menunjukkan komitmen tinggi dalam mengikuti setiap sesi bimbingan yang diadakan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berharap program seumpama ini dapat terus menjadi platform kepada masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta membentuk amalan hidup sihat secara berterusan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
