Program Santuni MADANI: Ketua Setiausaha KBS Tinjau Keperluan Kemudahan Sukan di Pasir Mas, Kelantan

PASIR MAS, 9 Julai 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Rahimi bin Ismail, telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi sempena Program Santuni MADANI di Pasir Mas, Kelantan bagi meninjau sendiri keadaan kemudahan sukan serta mendengar isu dan keperluan yang dihadapi oleh komuniti setempat.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat mengenai beberapa keperluan utama yang memerlukan perhatian, antaranya penambahan Gelanggang Petanque di Padang To' La bagi menampung penyertaan pemain yang semakin meningkat serta memastikan penganjuran pertandingan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Selain itu, gelanggang sepak takraw sedia ada turut dikenal pasti untuk dinaik taraf melalui penambahbaikan permukaan gelanggang, pemasangan lampu limpah serta pagar keselamatan bagi membolehkan kemudahan digunakan pada waktu malam dalam keadaan yang lebih selamat dan kondusif.

Selain lawatan ke lokasi komuniti di Kampung Kubang Bemban, Ketua Setiausaha KBS turut mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas bagi meninjau operasi pejabat, kemudahan sedia ada serta mendapatkan taklimat mengenai pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di daerah tersebut. Lawatan ini turut memberi ruang kepada warga PBSD Pasir Mas untuk berkongsi cabaran, keperluan serta cadangan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan kemudahan sukan komuniti serta penyampaian perkhidmatan belia, sukan dan Rakan Muda sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memenuhi keperluan masyarakat, khususnya di negeri Kelantan. Pendekatan turun padang seperti ini membolehkan isu dan keperluan komuniti dikenal pasti secara langsung sebelum tindakan susulan serta perancangan pembangunan dapat dipertimbangkan.

Turut hadir ialah Dr. Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan; Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan; Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; Encik Mazlan bin Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas; Encik Ab Qahhar bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Kubang Bemban; Encik Osmera bin Jusuh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Pengkalan Pasir, Kampung Tong; Encik Muhammad Rohaizad bin Ramli, Penghulu Mukim Kubang Badak; serta Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zikry bin Mohd Zain, Imam Tua Masjid Mukim Kubang Bemban.

Kampung Kubang Bemban merupakan antara komuniti yang aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan di Daerah Pasir Mas. Usaha ini turut digerakkan oleh Kelab Belia Pak Hussin yang dipengerusikan oleh Mohammad Raymie bin Ab Razak dalam memperkasakan penyertaan belia serta menghidupkan pelbagai program pembangunan komuniti di kawasan tersebut.
Diharapkan usaha melalui Program Santuni MADANI ini akan terus memperkukuh pembangunan komuniti, meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan belia dan sukan di peringkat daerah, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.

#KBSMalaysia #JBSMalaysia #SantuniMADANI #PasirMas #KampungKubangBemban #SukanKomuniti #MalaysiaMADANI#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search