KEJOHANAN PBNK KRITERIUM KELANTAN 2026 SEMARAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN BERBASIKAL

Pasir Mas, 4 Julai 2026 – Kejohanan PBNK Kriterium Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Taman Halal Park, Pasir Mas menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan.

Kejohanan ini menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan berbasikal di peringkat akar umbi serta mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi mewakili negeri, negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Penganjuran kejohanan ini adalah selaras dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan untuk memperkasakan semula program pembangunan sukan akar umbi, di samping menjadi persediaan awal bagi menghadapi Temasya SUKMA 2028, yang bakal menyaksikan Negeri Kelantan menjadi tuan rumah buat julung kalinya.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan atlet berusia 15 hingga 35 tahun, sekali gus memberi peluang kepada atlet muda menimba pengalaman beraksi dalam suasana pertandingan sebenar. Turut dipertandingkan ialah kategori khas PBNK yang merangkumi Open serta Master A dan Master B, sekali gus memeriahkan lagi saingan.

Selain menjadi medan mengenal pasti atlet berpotensi, kejohanan ini turut memberi pendedahan kepada atlet remaja di peringkat kebangsaan, membantu menyemarakkan penganjuran kejohanan berbasikal serta membentuk sahsiah diri atlet melalui penglibatan aktif dalam sukan. Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi atlet yang berdisiplin, berdaya saing dan cemerlang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini dan berharap usaha pembangunan sukan komuniti seperti ini dapat diteruskan secara konsisten bagi melahirkan lebih ramai atlet berkualiti yang mampu mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia pada masa hadapan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search