- JBS Kelantan
- Hits: 22
UKJK PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M9 DI ADTEC KOTA BHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 22
Pengkalan Chepa, 4 Julai 2026 – Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi sesi pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M9 bagi Negeri Kelantan telah diadakan pada 29 Jun hingga 2 Julai 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pelaksanaan UKJK ini merupakan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi menilai tahap kecergasan fizikal calon-calon yang layak sebelum meneruskan ke peringkat seterusnya dalam proses pemilihan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, sebagai Ketua Penguji bersama 9 orang penguji bagi Negeri Kelantan. Beliau mengetuai pasukan dalam memastikan setiap ujian dilaksanakan secara profesional, telus dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Turut hadir meninjau pelaksanaan UKJK ialah YBhg. Dato' Seri Hj. Zulkifli bin Omar, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bagi melihat sendiri kelancaran perjalanan ujian serta memberikan sokongan kepada petugas dan calon yang terlibat.
Sepanjang empat hari pelaksanaan, calon-calon akan menjalani beberapa komponen ujian kecergasan yang telah ditetapkan bagi menilai tahap kecergasan, ketahanan fizikal dan keupayaan mereka sebagai sebahagian daripada syarat pemilihan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik M9.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua pegawai, penguji, urus setia dan pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama dalam memastikan pelaksanaan UKJK di Negeri Kelantan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
