- JBS Kelantan
- Hits: 24
JURULATIH TERLATIH, BELIA TERPIMPIN
- JBS Kelantan
- Hits: 24
Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Demi melahirkan belia terunggul, Jurulatih turut diberi latihan dan diperkukuh pemahaman sebelum melaksanakan program di peringkat Negeri dalam “Training of Trainers” Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJD) Tahun 2026.
Modul PKJD ini telah dibangunkan secara sistematik, holistik dan inklusif, di samping membekalkan peserta dengan kemahiran untuk melaksanakan setiap aktiviti yang penuh dengan cabaran dan semestinya memberi pengalaman yang menyeronokkan.
Mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Nurdalila Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia), Puan Hazmanita Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Puan Nur Amysiah Yusof, Pegawai Pembangunan Kepimpinan Sahsiah telah dipilih berdasarkan kelayakan masing-masing yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia bidang Professional Kerja Belia turut diperkasakan dengan kemahiran sebagai jurulatih bagi mengendalikan aktiviti mengikut keperluan modul dengan yakin, berkesan dan berimpak tinggi. PKJD ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 29 Jun dan telah berakhir pada 3 Julai 2026.
Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin berkesempatan meluangkan masa bertemu dan berinteraksi bersama peserta TOT PKJD yang berlangsung di Dewan Auditorium Cawangan Latihan Khidmat Negara, Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
Turut hadir, Dr. Zainah Shariff, TKP (Pembangunan Belia) JBSN dan Brig. Jen. Samad Igom, TKP (Latihan) JLKN.
Disediakan oleh :
Urusetia Media, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
Rakan Muda
#pkjd
