- JBS Kelantan
- Hits: 61
KAROM SATUKAN KOMUNITI, CUNGKIL BAKAT DAN SEMANGAT KESUKANAN
- JBS Kelantan
- Hits: 61
TUMPAT, 30 Jun 2026 – Kejohanan Karom Beregu Challenge Cup Tertutup Kelantan menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Jun 2026 bertempat di Dewan Teratai, Pantai Sri Tujuh dengan penyertaan menggalakkan daripada pemain-pemain karom. Penganjuran kejohanan ini berjaya menghimpunkan penggemar sukan karom dalam suasana yang penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.
Kejohanan anjuran Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat ini bertujuan memperkukuh pembangunan sukan karom di samping menyediakan platform kepada pemain untuk mengasah kemahiran, meningkatkan tahap permainan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pasangan telah mempamerkan strategi permainan, ketelitian dan kemahiran yang tinggi dalam usaha merebut gelaran juara. Aksi kompetitif yang dipamerkan berjaya menarik perhatian para penyokong dan peminat sukan karom yang hadir.
Penganjuran Kejohanan Karom Beregu Challenge Cup Tertutup Kelantan ini bukan sahaja menyemarakkan aktiviti sukan, malah berperanan penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu serta memperkukuh pembangunan sukan karom di peringkat akar umbi.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Encik Muhamad Fikri bin Hassan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat kepada pasangan-pasangan pemenang sebagai pengiktirafan atas komitmen, semangat kesukanan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Turut hadir menyampaikan cek cura kepada kelab ialah Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
