- JBS Kelantan
- Hits: 47
AKSI HEBAT ! KELANTAN SEMI PRO OPEN BADMINTON 2026 GEGARKAN GELANGGANG
- JBS Kelantan
- Hits: 47
TUMPAT, 29 Jun 2026 – Kejohanan Kelantan Semi Pro Open Badminton 2026 menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) pada 26 Jun 2026 bertempat di Dewan Persatuan Badminton Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain-pemain badminton semi profesional sekali gus menyemarakkan lagi pembangunan sukan badminton di negeri ini.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Belia Wira Berjaya ini bertujuan menyediakan platform kompetitif kepada pemain-pemain berbakat untuk mengasah kemahiran, meningkatkan tahap permainan serta memperkukuh jaringan persahabatan dalam kalangan komuniti badminton.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi bertenaga, kompetitif dan penuh semangat kesukanan. Setiap perlawanan menyaksikan persaingan sengit yang berjaya menarik perhatian para penyokong dan peminat badminton yang hadir memberikan sokongan.
Penganjuran kejohanan seperti ini bukan sahaja mampu memperkukuh pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi, malah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat diiringi Encik Muhammad Hafizudin bin Rani, Pengerusi Kelab Belia Wira Berjaya kepada para pemenang sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
