PROGRAM INSPIRE I-TALENT CUNGKIL BAKAT ATLET OKU KUALA KRAI

30 Jun 2026 Sek. Men. Keb. Bandar Kuala Krai Seramai 31 peserta menyertai Program Inspire I-Talent Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Krai bagi menggalakkan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang sukan. Program berkenaan turut berperanan sebagai platform pencarian bakat atlet OKU yang berpotensi untuk dipilih menyertai Kem Bakat Negeri kendalian Majlis Sukan Negeri sebelum mewakili negeri ke Kem Bakat Kebangsaan yang diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara. Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas penyertaan golongan OKU dalam arena sukan, sekali gus membuka ruang kepada mereka mengembangkan bakat serta berpeluang bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengetua Sek. Men. Keb. Bandar Kuala Krai, Puan Aida binti Abdullah sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta dan guru pengiring yang telah menunjukkan komitmen dan semangat sepanjang program berlangsung. Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda Taufiqjohari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search