- JBS Kelantan
- Hits: 36
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA MEMBENTUK KARAKTER BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 36
26 Jun 2026
Dabong, Kuala Krai
"Jangan menjadikan anugerah ini sebagai satu pertandingan tetapi untuk mendapatkan suatu pengalaman yang amat berharga ".
Demikian antara intipati ucapan Pn. Rosnani bt Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dalam Majlis Penutup Program Anak Angkat Penempatan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh, Pahang.
Seramai 13 orang remaja telah berkampung bersama keluarga angkat di Dabong selama 5 hari 4 malam bagi melengkapkan komponen ARPRM untuk melayakkan mereka dianugerahkan pingat emas.
Majlis Penutup yang berlangsung di Pusat Pelancongan Dabong dengan kehadiran ibu bapa angkat telah memeriahkan lagi suasana. Turut hadir Encik Ismail Mat Hussin, JPKKP Kuala Pergau dan Encik Amran bin Yaacob, Penghulu Mukim Kuala Pergau.
Disediakan oleh
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai#RakanMuda
belia.my
JBSNegara
KBSMalaysia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
