ARPRM PLATFORM SERLAHKAN POTENSI REMAJA

🗓️ 24 Jun 2026 📍 Sek. Men. Keb. Sultan Yahya Petra 1 Seramai 60 pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 telah menyertai Sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi memberi pendedahan mengenai program pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Rakan Muda Daerah Kuala Krai, Puan Syazana Safra binti Md. Sanusi, memberi penerangan mengenai konsep, syarat penyertaan, serta manfaat ARPRM sebagai platform pembangunan holistik remaja melalui aktiviti khidmat masyarakat, pembangunan kemahiran, rekreasi (penjelajahan lasak) dan kecergasan fizikal. Beliau berkata, penyertaan dalam ARPRM bukan sahaja membantu membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kepimpinan, malah menjadi medium untuk menyerlahkan potensi diri, memupuk nilai kesukarelawanan serta melahirkan remaja yang berdaya saing dan berdaya tahan. Program itu diharap dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai ARPRM sekali gus menyokong usaha kerajaan melahirkan generasi muda yang aktif, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara. Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search