- JBS Kelantan
- Hits: 36
PROGRAM MESRA PERTUBUHAN BELIA MENYANTUNI ANAK MUDA KAMPUNG SUNGAI SAM
- JBS Kelantan
- Hits: 36
🗓️ 19 Jun 2026
📍 Kuala Krai
Puan Rosnani bt Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah hadir dalam Program Mesra Pertubuhan Belia Siri III bertempat di Padang SK Kg. Sungai Sam, Dabong, Kuala Krai.
Program yang bertujuan untuk memperkasa Pertubuhan Belia supaya dapat memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada komuniti disamping dapat merangsang serta mewujudkan hubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pemimpin belia dengan golongan muda. Pengisian aktiviti adalah Kejohanan Bola Tampar Tertutup Sg. Sam yang dikelola oleh Saudara Ahmad Azizi bin Yusoff selaku aktivis belia di kampung ini.
Puan Rosnani juga meluangkan masa memberi penerangan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) kepada Kelab Muaythai Sri Cenderawasih yang telah menerima Sijil Perakuan Pendaftaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan, KBS pada 23 Januari 2026 disamping menerangkan tentang permohonan Dana Sukan Komuniti KBS.
Disediakan oleh
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai#RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
jbsnegara
belia.my
@jbsnKelantan
