- JBS Kelantan
- Hits: 40
DUA WAKIL KELANTAN LAYAK KE SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 40
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Muhammad Danish Rif'qi Lukman dan Nur Jasmine Athirah binti Azhar atas kejayaan layak ke Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 bagi Kategori Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di peringkat kebangsaan.
Kedua-dua calon mewakili Negeri Kelantan telah dijemput untuk menghadiri sesi penilaian yang berlangsung pada 29 Jun 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Pemilihan mereka membuktikan komitmen, disiplin dan kecemerlangan yang telah dipamerkan sepanjang penglibatan dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Kejayaan ini turut mencerminkan nilai kepimpinan, kesukarelawanan, daya tahan serta pembangunan sahsiah yang menjadi asas kepada program berprestij tersebut.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yakin kedua-dua calon mampu mempamerkan prestasi terbaik sepanjang sesi penilaian dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Kelantan di peringkat kebangsaan.
Semoga Muhammad Danish Rif'qi Lukman dan Nur Jasmine Athirah binti Azhar terus cemerlang dalam penilaian ini serta berjaya mengangkat nama Kelantan sebagai antara negeri yang melahirkan belia berpotensi, berwibawa dan berdaya saing.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua wakil Negeri Kelantan. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan yang membanggakan negeri dan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #ARPRM
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
DISEDIAKAN OLEH : URUS SETIA MEDIA BAHAGIAN RAKAN MUDA Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
