BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Bachok, 24 Jun 2026 – Majlis Penutup Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Kelantan 2026 Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir anjuran Unit Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan penyertaan belia dan pelajar bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang berhemah. Antara pengisian program termasuk sesi perkongsian ilmu, simulasi pengurusan kewangan dan konsultasi kewangan yang memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengurus kewangan peribadi, membuat keputusan kewangan yang bijak serta mengelakkan masalah hutang berlebihan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria.Turut hadir sama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim,Pengarah IKTBN Bachok. Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan generasi belia yang lebih celik kewangan, berdisiplin dalam perbelanjaan dan mampu merancang masa depan kewangan dengan lebih mampan. DISEDIAKAN OLEH : URUSETIA MEDIA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Taufiq Johari Mordi Bimol KBSMalaysia Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara belia.my Rakan Muda #JBSNKomited #JBSNKelantan #MenggerakBeliaMadani #akpkkelantan #financialeducatiionnetwork
Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search