- JBS Kelantan
- Hits: 12
SUKARELAWAN TERAJU MUDA LAPOR DIRI DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 12
GUA MUSANG, 16 Jun 2026 – Seorang Sukarelawan Teraju Muda telah melapor diri di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang pada 14 Jun 2026 sebagai salah satu inisiatif memperkukuhkan penglibatan belia dalam program kesukarelawanan dan pembangunan komuniti di peringkat daerah.
Sukarelawan yang terlibat, Muhammad Airul Shaqim bin Asharun, telah hadir bagi sesi pelaporan diri serta taklimat awal berkaitan tugasan, peranan dan tanggungjawab sepanjang tempoh penempatan beliau di pejabat tersebut.
Dalam sesi berkenaan, beliau telah menerima amanat daripada Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Dalam amanatnya, beliau menasihatkan agar sukarelawan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi, berdisiplin serta proaktif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, selaras dengan matlamat pembangunan belia dan sukan di peringkat daerah.
Selain itu, sesi tersebut turut diisi dengan pengenalan kepada pegawai-pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, bagi membantu sukarelawan memahami struktur organisasi, bidang tugas setiap unit serta pelaksanaan program-program di bawah jabatan. Perkara ini penting bagi memastikan sukarelawan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan menyumbang secara efektif.
Pelaksanaan program Sukarelawan Teraju Madani ini diharap dapat melahirkan lebih ramai belia yang berwibawa, berkemahiran serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam menyokong pembangunan masyarakat setempat.
Selamat maju jaya dan tahniah kepada Muhammad Airul Shaqim bin Asharun atas pelantikan sebagai Sukarelawan Teraju Madani di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
