KEJOHANAN FUTSAL LELAKI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026

GUA MUSANG, 16 Jun 2026 – Program Kejohanan Futsal Lelaki Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 di Gelanggang Futsal KESEDAR, Gua Musang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohd Azmawi Fikri bin Haji Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penglibatan belia dalam aktiviti sukan sebagai medium untuk membentuk sahsiah diri, semangat berpasukan dan gaya hidup yang aktif serta positif.

Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan dari seluruh daerah Gua Musang. Para peserta telah mempamerkan aksi yang bertenaga dan kompetitif sepanjang pertandingan berlangsung, sekali gus mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi.

Selepas melalui saingan sengit, pasukan Kimbi FC berjaya muncul sebagai juara kejohanan dengan menampilkan persembahan yang cemerlang. Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, pasukan juara telah menerima wang tunai RM500, pingat (medal), mock cheque dan sijil pencapaian.

Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat terus menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal serta memperkukuhkan perpaduan dan semangat komuniti dalam kalangan masyarakat di Daerah Gua Musang.
Tahniah kepada pasukan Kimbi FC atas kejayaan menjuarai Kejohanan Futsal Lelaki Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 dan syabas kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian.   

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search