KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026

GUA MUSANG, 16 Jun 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Komuniti Batu Papan, Gua Musang. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang sebagai salah satu usaha memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penganjuran program sukan komuniti merupakan platform penting dalam membangunkan masyarakat yang aktif, bersatu padu dan berdaya saing.

Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 9 pasukan yang bertanding dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Setiap pasukan mempamerkan komitmen serta prestasi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Pasukan Perfect NC berjaya dinobatkan sebagai juara kejohanan setelah menunjukkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang pertandingan. Sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut, pasukan juara telah menerima wang tunai RM500, pingat (medal), mock cheque dan sijil pencapaian.

Penganjuran kejohanan ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam memupuk budaya hidup sihat, mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan serta mengeratkan perpaduan komuniti di Daerah Gua Musang.
Tahniah kepada pasukan Perfect NC atas kejayaan merangkul kejuaraan dan syabas kepada semua pasukan yang telah menyertai Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search