BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SIJIL KEMAHIRAN - PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) SIRI 1 ZON TIMUR TAHUN 2026

GUA MUSANG, 11 Jun 2026 – Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Siri 1 Zon Timur Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Panji.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang iaitu Nurul Syifa binti Mohd Husni bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan meningkatkan profesionalisme serta pengetahuan pegawai dalam bidang pembangunan belia, khususnya berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kaedah PPT merupakan satu proses pengiktirafan pengalaman kerja, kemahiran dan pengetahuan sedia ada individu untuk mendapatkan pensijilan kemahiran yang diiktiraf tanpa perlu mengikuti latihan secara sepenuh masa.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan tatacara permohonan SKM, penyediaan portfolio, kaedah penilaian serta pemahaman berkaitan standard kompetensi dalam bidang kerja belia. Bengkel ini juga menjadi platform perkongsian pengalaman dan pengukuhan jaringan kerjasama antara pegawai belia dan sukan di Zon Timur.

Penganjuran bengkel seumpama ini diharap dapat melahirkan pegawai yang lebih kompeten, berkemahiran serta bersedia memperkasakan pembangunan belia selaras dengan keperluan semasa negara.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search