- JBS Kelantan
- Hits: 4
LAWATAN TAPAK ASAS REAKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 4
GUA MUSANG, 11 Jun 2026 – Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan Kursus Asas Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada 10 Jun 2026 bertempat di Taman Rimba Sungai Ketil.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Hazri Nizam bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah (Sukan) bersama pegawai daripada Unit Bahagian Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang ialah Muhammad Norfikri bin Norzaki.
Lawatan tapak ini diadakan bagi meninjau kesesuaian lokasi program serta memastikan segala keperluan pelaksanaan kursus berada dalam keadaan baik dan selamat. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk kawasan perkhemahan, laluan aktiviti rekreasi, kemudahan asas, aspek keselamatan peserta serta perancangan logistik sepanjang program berlangsung.
Kursus Asas Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 merupakan program pembangunan belia yang memberi pendedahan asas berkaitan aktiviti rekreasi luar seperti pengurusan perkhemahan, ikhtiar hidup, keselamatan aktiviti luar dan pembentukan jati diri. Program ini juga bertujuan melahirkan peserta yang berpengetahuan, berdisiplin serta mampu mengendalikan aktiviti luar dengan lebih sistematik dan selamat.
Pihak penganjur berharap pelaksanaan kursus ini nanti dapat berjalan lancar serta memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
