- JBS Kelantan
- Hits: 15
Liga Sukan Komuniti Bachok 2026: Gelanggang Terbuka Kompleks Belia Dan Sukan Kelantan Bergetar, Aksi Hangat Bola Jaring Pukau Penonton!
- JBS Kelantan
- Hits: 15
BACHOK, 23 Jun 2026 –Kejohanan yang berlangsung sengit pada 5 Jun 2026 baru-baru ini telah berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik daripada komuniti setempat bagi merebut gelaran juara daerah. Penganjuran liga ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat, mencungkil bakat terpendam, serta mengeratkan ikatan silaturahim antara mukim di daerah Bachok.
Pertarungan sengit di pusingan akhir menyaksikan pasukan Bachok A memamerkan aksi luar biasa dan strategi mantap untuk muncul sebagai Johan mutlak liga edisi kali ini. Tempat Naib Johan pula disandang oleh pasukan Sweat Flowers yang memberikan saingan yang cukup sengit sehingga ke wisel penentu.
Kemuncak kejohanan menyaksikan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Suryani binti Mohamad Razali, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Bachok yang mengiringi beliau sepanjang sesi penyerahan trofi dan pingat kemenangan.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
