- JBS Kelantan
- Hits: 7
Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Bachok 2026 Cetus Impian Atlet Para Bachok Ke Pentas Dunia
- JBS Kelantan
- Hits: 7
BACHOK, 23 Jun 2026 – Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Bachok Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2 pada 10 Jun 2026 yang lalu. Program pencarian bakat sukan khusus bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini dianjurkan bertujuan untuk mengukur keupayaan fizikal asas serta mencungkil potensi sukan atlet para di peringkat akar umbi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Kemuncak program menyaksikan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Kehadiran beliau membuktikan sokongan padu pihak kerajaan terhadap pemerkasaan sukan komuniti para di daerah ini.
Majlis tersebut turut dihadiri dan disokong penuh oleh Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan. Kesemua pihak yang terlibat optimis bahawa bakat-bakat muda yang dicungkil melalui program ini mampu membawa nama daerah Bachok ke persada yang lebih tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
