KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEMPENA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH 2026

Tanah Merah, 21 Jun 2026 – Kejohanan Bola Tampar sempena LSK Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Terbuka, Majlis Daerah Tanah Merah.

Kejohanan berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh daerah bagi merebut gelaran juara dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, kompetitif dan harmoni. Penganjuran kejohanan ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan komuniti, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat.
Pasukan Redland telah muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Kejayaan tersebut melayakkan pasukan Redland membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00, medal serta sijil penyertaan.

Tempat Naib Johan pula menjadi milik pasukan Pemadam yang membawa pulang wang tunai RM300.00, medal serta sijil penyertaan. Sementara itu, Paduka dan Pirates VC muncul sebagai pemenang tempat ketiga bersama, masing-masing menerima wang tunai RM200.00, medal serta sijil penyertaan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Dalam majlis tersebut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding serta berharap kejohanan seperti ini dapat terus menjadi platform pembangunan bakat sukan di peringkat komuniti.

Pasukan Redland dan Pemadam selaku johan dan naib johan akan mewakili Daerah Tanah Merah ke Kejohanan Bola Tampar LSK Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026 bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search