PERTUBUHAN BELIA BERENTAP DALAM SESI PITCHING PROGRAM AGROBELIA LESTARI NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 22 Jun 2026 – Sesi penilaian atau *pitching* bagi Program Agrobelia Lestari Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Sebanyak tiga buah pertubuhan belia yang telah melepasi proses saringan awal dipanggil untuk membentangkan kertas cadangan dan pelan perniagaan projek pertanian masing-masing di hadapan barisan panel penilai. Sesi pembentangan ini merupakan kriteria utama bagi melayakkan pertubuhan belia yang terpilih menerima sokongan projek, serta bimbingan teknikal berterusan untuk memulakan atau mengembangkan projek agro-perniagaan mereka.

Objektif Program Agrobelia Lestari
Inisiatif ini dilaksanakan bagi memacu penglibatan belia dalam sektor agromakanan dengan matlamat khusus seperti berikut:
Pemerkasaan Ekonomi:
Meningkatkan taraf sosioekonomi belia melalui penjanaan pendapatan yang mampan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
Pembangunan Kapasiti:
Melahirkan usahawan agro (agropreneur) belia yang mahir, berdaya saing, inovatif, dan mampu mengadaptasi teknologi pertanian moden.
Kelestarian Makanan:Menyumbang kepada jaminan bekalan makanan (food security) negara melalui pengeluaran hasil pertanian yang konsisten oleh generasi muda.
Pembangunan Komuniti:
Menggalakkan pertubuhan belia bergiat aktif dalam projek komuniti yang memberi impak positif kepada ekosistem persekitaran dan masyarakat setempat.
Fasa Pelaksanaan Program
Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan projek, Program Agrobelia Lestari dilaksanakan merangkumi empat fasa utama:
1. Fasa 1: Hebahan, Pendaftaran & Saringan Awal
– Kempen promosi dan pendaftaran penyertaan dibuka kepada belia dan pertubuhan belia yang berminat, diikuti dengan proses saringan untuk menapis permohonan yang menepati syarat serta peserta perlu menyediakan Kertas Kerja atau cadangan projek yang berdaya maju.
2. Fasa 2: Sesi Penilaian (*Pitching*)
– Pertubuhan belia terpilih membentangkan potensi projek dan unjuran kewangan di hadapan panel penilai yang terdiri dari agensi yang berkaitan untuk kelulusan sokongan projek
3. Fasa 3: Latihan Berkemahiran
- Pertubuhan yang berjaya perlu mengikuti latihan berkemahiran minima dua hari dari agensi yang berkaitan dengan cadangan projek mereka.
4. Fasa 4: Pelaksanaan Projek & Pemantauan
– Penyaluran sokongan projek dilaksanakan dan projek mula beroperasi. Pemantauan berkala serta khidmat nasihat berterusan akan diberikan oleh agensi berkaitan bagi memastikan projek kekal mampan dan mencapai sasaran.

Inisiatif Agrobelia Lestari ini merupakan manifestasi komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam mengangkat martabat ekonomi generasi muda Kelantan, sekali gus menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya pilihan yang profesional dan menguntungkan.

Disediakan oleh : Urusetia media, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my
#JBSNKomited #JBSNKelantan #agrobelialestari #MenggerakBeliaMadani
#RakanMahir

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search